Nyanyian Hati
Author: Rodier
Desc: I jatuh cinta pandang pertama pada you. ~ Adam Danial Macam mana you boleh jatuh cinta dengan orang yang you belum kenal? ~ Ainul Raudhah Ainul Raudhah atau Ain seorang gadis periang yang tidak pernah bercinta mempunyai fikirannya sendiri selamba dan suka mendengar lagu-lagu rock apabila tertekan. Perlahan-lahan Ain mula merasai perubahan pada hatinya dengan Adam Danial atau Danny yang tenang dan ikhlas menyayanginya. Namun belum sempat mereka bersatu Danny tiba-tiba dijemput Ilahi. Ain nanar sendiri. Danny yang diharapkan menjadi peneman ke akhir hayat kini tiada lagi di sisi. I nak berubah ke arah yang lebih baik dengan you di sisi. I akan pastikan you bahagia. ~ Iskandar Benjamin Iskandar sahabat baik Danny hadir menghulur kasih kerana janjinya pada arwah Danny. Perlahan-lahan Ain kembali bangkit meneruskan hidup mengenal erti cinta. Setelah berkahwin perlahan-lahan Ain mula menyayangi Iskandar. Namun hubungan mereka diuji apabila Ain tau rahsia di sebalik lamaran Iskandar. Benarkah perkahwinan itu hanya kerana sebuah janji? Apakah yang Iskandar pendamkan sebenarnya? *** Nukilan RodieR ini mengajar kita apakah erti cinta yang sebenarnya dalam bahasa yang santai dan selamba. Bacalah kisah ini semoga Nyanyian Hati Danny Ain dan Iskandar mampu kita senandungkan bersama.